Saturday 30 June 2012

Hujan



Hujan yang turun itu tandanya Tuhan masih juga bersikap Maha Penyayang kerana Dia turunkan hujan selepas sekian lama panas teriknya matahari menjamah setiap pelusuk bumi.

Maka, tidak rugi kalau tangan ditadah sebagai tanda kita mensyukuri nikmat ini.

Senang itu ujian, susah pun ujian. Janganlah berasa yang Tuhan tidak sayang bila-bila diuji dengan rasa susah dan peritnya jalani kehidupan. Kalau asyik senang saja, boleh jadi kita semakin lupa tanggungjawab sebagai makluk dijadikan Tuhan.

5 comments:

  1. Erm.. Syukur tuhan turunkan hujan, tapi kita jarang bersyukur dengan berkat hujan itu.

    ReplyDelete
  2. susah @ senang kte kena bersyukur pada Allah..

    ReplyDelete
  3. Hujan itu rahmat yg menyejukkn bumi dan meneutralkn udara~

    ReplyDelete
  4. kunjungan dan silaturahmi, salam ramadlon
    selamat manjalankan ibadah puasa
    semoga tetap sehat, banyak makan banyak ibadah

    saya numpang follow....23
    sudilah kiranya follow back
    Thank you, terima kasih.
    ditunggu yah...

    ReplyDelete

Moga rezeki ini tiada hentinya