Saturday 16 March 2013

Munajatku



Tuhan,
Untuk mendekatMu, aku perlu selalu mengingatMU,
Untuk memperoleh berkatMu, aku harus menyebut namaMU selalu,
SesungguhNya, Engkau Pemudah segala urusan, Engkaulah punca segala kesenangan,
Mungkin aku tidak sebaik hambaMu yang lain,
Kerana aku ada selemah-lemah hambaMU yang tiada apa,

# Aku mohon padaMU,
Permudahkanlah bagiku semuanya. Hanya padaMu ku bergantung harap.
TanpaMu, aku gelap.

# Kirim aku semangat paling kuat dalam hari-hariku ini.
Aku mulai takut tapi aku sedang menunggunya.

Tuhan, Beri aku redhaMU, Beri aku KeberkatanMU, beri aku cahaya kesenanganMU.
AMIN.

Saturday 9 March 2013

Pertama kalinya

Dan semalam,
aku sangkakan ada sesuatu yang berat berlaku,
Seminit dua minit, tiga minit, empat minit,
Aku ingat nikmat sihat aku sudah ditarik balik.
Masyaallah.

Aku pejam mata,
menarik kudrat separuh hati yang ada,
Waktu itu, ingatan aku terus pada dia,
suami, di mana pun kau berada, tempatmu adalah teratas di hati aku,
Kemudian, aku tarik nafas, mengingat Tuhan,
Aku lafaz satu persatu,

La illahailallah, Subahanaka inni kuntum minazolimin.

Berkali-kali, berkali-kali sehingga sakit itu hilang.

Alhamdulilah, tiada lagi rasa yang mengeras.
Rasa yang mematikan sekalian pengaliran darah di dalam badan.
Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Buat pertama kalinya,
inilah rasa krem kaki ketika mengandung yang aku pernah rasa.
Sakit.
Sangat.

Tuhan, beri aku hidayah, beri aku petunjuk.
Beri aku kudrat, beri aku tanda-tanda yang paling jelas.
Bila-bila Engkau mahu hamba ciptaanMu yang sedang aku kandung ini, Engkau mahu keluarkan dari rahimku.
Permudahkanlah ia lahir Ya Allah, selamatkan ia dan selamatkanlah aku.
Beri aku peluang untuk melihat dan membesarkan dia untuk ku jadikan dia khalifahMu yang terbaik.

Sekali lagi aku bermohon Ya Tuhan,
Titip aku rasa, selitkan aku rasa celik,
Untuk aku tahu, sudah sampai masanya,
aku lahirkan dia, bersama-sama kami lihat dan nikmat kehidupan di bumi Mu, Tuhan.
Amin.






Moga rezeki ini tiada hentinya