Thursday 12 June 2014

Perit

ada satu masa
banyak hal difikir untuk mendewasa diri
bikin jiwa khatam potensi ke mana mau di pergi
bersosial di muka buku- like sana sini
akhirnya aku temu yang aku tidak jumpa apa
tidak ke mana apa pun

membosan untuk satu-satu masa
memikir yang-
aku banyak tahu hal orang dalam marahnya, sumpahnya, gembiranya dalam muka buku
padahal
orang yang dekat aku
aku masih belum khatam mahunya
aku belum arif akan sikapnya
aku tidak tahu apa rasanya- katanya- jiwanya


perit.
bila begini.
aku rasa-
tiada berguna- kadang-kadang

ada baiknya-
aku berhenti sekejap.
bukan lama.
cukup memikir mana perginya mesra
mana tujunya impian.

aku berusaha
sedaya aku

sehayat ini,
aku mahu buat orang dekat yang berpunyakan aku berbangga
aku pernah berdekat dengan mereka.

peduli pada segala yang melemaskan aku.


Moga rezeki ini tiada hentinya