Friday 29 November 2013

moga-moga

hai.

betapa aku rindu di sini.
tinggi harapku, aku boleh larikan jemariku menaip tiap apa fikirku.


moga-moga.

Tuesday 20 August 2013

sayang kau, nak.

Kadang-kadang,

Aku dapat pandang yang sedikit kecil pun ujian yang datang, aku sudah tidak dapat tahankan. Semakin umur aku bertambah, aku semakin lemah untuk menghadap ujian. Ya, paling tidak pun bertabahlah ketika melayan karenah anak kecil aku yang sememangnya sedari dalam perut lagi aku sudah tatang ia bagai minyak yang penuh.

Bila dia sudah ada di depan lahir, lahir dengan cukup sempurna tubuh dan sifat, Tuhan ujikan emosi aku untuk didikkan jiwa dengan sifat penuh sabar untuk terus tatang dia sebaik yang aku dapat bagi. tanpa ada sikit pun marah. atau sedikit pun rasa kurang sabar aku.

haih.

aku kesalkan diri aku yang masih belum boleh jadi sesabar mama. kecewa.

dan, aku harap hari ini aku sudah boleh betulkan kondisi jadi zon selesa untuk kami berdua.

ya, untuk anak aku.

ibu sayang kau nak. terpaling sayang.

Wednesday 17 July 2013

Temberang

bijak dan berkelebihan. mahir dalam pelbagai bahasa. baguslah, untunglah dan tahniahlah.

tapi, hati-hatilah gunakannya.
orang tua hatinya cepat terguris.
jangan kerana kenangkan yang dia tak faham bahasa orang putih tu, kau pun umpat dia depan-depan.

dia tak akan cakap kau bijak tapi dia akan cakap kau TEMBERANG.

posted from Bloggeroid

Saturday 16 March 2013

Munajatku



Tuhan,
Untuk mendekatMu, aku perlu selalu mengingatMU,
Untuk memperoleh berkatMu, aku harus menyebut namaMU selalu,
SesungguhNya, Engkau Pemudah segala urusan, Engkaulah punca segala kesenangan,
Mungkin aku tidak sebaik hambaMu yang lain,
Kerana aku ada selemah-lemah hambaMU yang tiada apa,

# Aku mohon padaMU,
Permudahkanlah bagiku semuanya. Hanya padaMu ku bergantung harap.
TanpaMu, aku gelap.

# Kirim aku semangat paling kuat dalam hari-hariku ini.
Aku mulai takut tapi aku sedang menunggunya.

Tuhan, Beri aku redhaMU, Beri aku KeberkatanMU, beri aku cahaya kesenanganMU.
AMIN.

Saturday 9 March 2013

Pertama kalinya

Dan semalam,
aku sangkakan ada sesuatu yang berat berlaku,
Seminit dua minit, tiga minit, empat minit,
Aku ingat nikmat sihat aku sudah ditarik balik.
Masyaallah.

Aku pejam mata,
menarik kudrat separuh hati yang ada,
Waktu itu, ingatan aku terus pada dia,
suami, di mana pun kau berada, tempatmu adalah teratas di hati aku,
Kemudian, aku tarik nafas, mengingat Tuhan,
Aku lafaz satu persatu,

La illahailallah, Subahanaka inni kuntum minazolimin.

Berkali-kali, berkali-kali sehingga sakit itu hilang.

Alhamdulilah, tiada lagi rasa yang mengeras.
Rasa yang mematikan sekalian pengaliran darah di dalam badan.
Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Buat pertama kalinya,
inilah rasa krem kaki ketika mengandung yang aku pernah rasa.
Sakit.
Sangat.

Tuhan, beri aku hidayah, beri aku petunjuk.
Beri aku kudrat, beri aku tanda-tanda yang paling jelas.
Bila-bila Engkau mahu hamba ciptaanMu yang sedang aku kandung ini, Engkau mahu keluarkan dari rahimku.
Permudahkanlah ia lahir Ya Allah, selamatkan ia dan selamatkanlah aku.
Beri aku peluang untuk melihat dan membesarkan dia untuk ku jadikan dia khalifahMu yang terbaik.

Sekali lagi aku bermohon Ya Tuhan,
Titip aku rasa, selitkan aku rasa celik,
Untuk aku tahu, sudah sampai masanya,
aku lahirkan dia, bersama-sama kami lihat dan nikmat kehidupan di bumi Mu, Tuhan.
Amin.






Moga rezeki ini tiada hentinya