Monday 3 November 2014

lekasnya kau datang

November.
selekas ini, kau datang

dengan harap aku boleh senyum sepanjang kau ada.

bila kau ada, kau akan bawa petanda-

kau bagi aku tahu yang umur aku bertambah

kau akan tunjukkan aku yang tinggal sebulan lagi untuk aku capai semua misi aku tahun ini

lekasnya kau datang.

dan, selepas ini, aku berkira-kira
congak semua apa yang aku ada
sebelum disember datang.

suntuk.

No comments:

Post a Comment

Moga rezeki ini tiada hentinya